Sabtu, 27 Juli 2013

Ramadhan

Hidup memang tak akan pernah ideal, kerana kita hidup dia alam realiti. Tapi selagi mampu, cubalah untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidup. Kita selalu fikir, kalaulah aku bercuti sepanjang Ramadhan bolehlah aku beribadah banyak-banyak. Tapi realitinya tak akan jadi begitu. Lebih banyak masa lapang, lebih banyaklah kita membuang masa. Bukankah kerja itu juga ibadah? Setiap ibadah kita akan dilipat gandakan pahalanya di bulan Ramadhan. Maka seharusnya kita bekerja lebih gigih lagi